BERITA arrow PROFAIL SEKOLAH
Log Masuk | Daftar
Today is : Monday, 06 September 2010
Sekolah Al Azhar

 SEKOLAH RENDAH AL AZHAR

 SEKOLAH MENENGAH AL AZHAR

MENU UTAMA
BERITA
PROFAIL SEKOLAH
BAHAGIAN PENTADBIRAN
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
BAHAGIAN AKADEMIK
BAHAGIAN KEWANGAN
FORUM SEKOLAH
GALERI GAMBAR
CARIAN BERITA LALU
CATATAN PENGUNJUNG
CADANGAN / PERTANYAAN
Kalendar 2009
« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
LAMAN SEKOLAH

 Dana Masjid Al AZhar

 KUMP. NASYID SEKOLAH

Profail Sekolah PDF Cetak E-mail

Kata-kata aluan Mudir Sekolah Rendah Al-Azhar.

            Sekolah Rendah Al Azhar (SRAZ) bukanlah sebuah institusi yang baru malahan tidak asing lagi bagi masyarakat sekitar, terutama di Daerah Kubang Pasu ini. Kejayaan demi kejayaan yang dicapai adalah hasil usaha yang berterusan dan sokongan dari semua pihak terutama LTS, guru-guru dan ibu bapa. Komitmen yang tinggi ini telah berupaya membentuk imej SRAZ sebagai sekolah yang mampu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. 

            Bersesuaian dengan motto SRAZ, “ BERILMU, BERIMAN, BERAMAL,” matlamat asas proses pendidikan SRAZ adalah untuk melahirkan insan Rabbani di mana diterapkan dalam jiwa anak-anak didik ke tiga-tiga elemen tersebut. Justeru segala bentuk program atau proses pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan adalah menumpukan kepada matlamat melahirkan insan Rabbani. Dalam usaha memartabatkan SRAZ sebagai institusi pendidikan yang cemerlang, cabaran yang mendatang harus dihadapi dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab oleh kesemua pihak. 

            Oleh itu, ini adalah sebagai salah satu usaha yang baik bagi mencapai matlamat pendidikan SRAZ. Semoga usaha ini akan berterusan  pada masa yang akan datang. 

Sekian wassalam

(Haji Sayuti b Ramli)

Mudir SRAZ 

MUQADDIMAH 

             Sabda Rasulullah s.a.w. 

              “Tiada seorang ayah yang memberikan anaknya satu pemberian yang lebih baik dari pendidikan dan adab yang mulia”(Riwayat Tirmidzi) 

                 Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak-anak diberikan pendidikan Islam yang lengkap lagi menyeluruh supaya cara hidup mereka mencerminkan Islam. Di atas kesedaran inilah maka Sekolah Rendah Al-Azhar ditubuhkan untuk membimbing anak-anak ke arah penghayatan hidup berlandaskan Islam. 

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH RENDAH AL AZHAR 

                     Idea penubuhan sebuah sekolah swasta yang mempunyai pendekatan terhadap mata pelajaran Islam di Jitra ini, tercetus pada 29 Oktober 1988. Individu-individu yang terlinat dalam pengasasan sekolah ini terdiri daripada Tuan Haji Sayuti Ramli, Abdul Rahman Kassim, Ustaz Imran Abu Bakar Palestin, Mohd Zaki Hanafi, Cikgu Abdullah Abdul Rahman, Haji Saad Mohd dan Wan Muda Wan Yahya. Pada bulan Ogos 1989, mesyuarat yang diadakan telah menubuhkan Lembaga Tadbir Sekolah (LTS) yang pertama dimana anggotanya terdiri daripada Haji Amiruddin Hamzah (Pengerusi), Muhammad Razak (Timbalan Pengerusi), Dr. Abdul Latif (Bendahari) dan Wan Muda Wan Yahya (Setiausaha).               

                    Tuan Haji Sayuti Ramli merupakan Penasihat SRAZ sejak ditubuhkan. Haji Amiruddin Hamzah, Pengerusi LTS pertama telah berhenti kerana menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana di Bradford, United Kingdom. Beliau telah digantikan oleh Haji Abdul Rahman Kassim dan tidak lama selepas itu beliau terpaksa menyerahkan tugasnya kerana berhijrah ke Kuala Lumpur. Prof. Madya Wan Muda Wan Yahya telah menggantikannya mulai tahun 1995.

                    Mulai Ogos 2003, teraju kepimpinan LTS disandang pula oleh Tuan Haji Ahmad Kamal Mat Issa sehingga sekarang.Murid-murid perintis adalah seramai 18 orang, 13 orang di Tahun 1, dan 5 orang di Tahun 2. Sekolah ini bermula di sebuah rumah kayu berkembar di Kampung Pulau Ketam. Setahun kemudian ia berpindah ke sebuah bangunan di atas tapak yang diwakafkan oleh seorang penduduk di Kampung Pulau Nyior.             

                   Sekolah rendah Islam swasta ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari Daerah Kubang Pasu Jitra sehingga ke Negeri Perlis. Dengan bilangan pelajar yang semakin ramai, selepas sepuluh tahun beroperasi, sekolah ini sekali lagi berpindah. Mulai tahun 2000, Sekolah Rendah Al Azhar berpindah ke bangunan baru di kawasan seluas lebih kurang 10 ekar di Mukim Gelong Jitra, hasil dari sumbangan orang ramai dan masyarakat sekitar.Sehingga Jun 2005 sekolah ini mempunyai murid seramai 514 orang terdiri daripada 278 pelajar lelaki dan 236 pelajar perempuan dengan bilangan waris seramai 343 orang.

                   Kini SRAZ telah mempunyai 17 kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Sekolah ini juga mempunyai kemudahan seperti pusat sumber, padang, kantin dan makmal sains. Mulai tahun 2005 juga SRAZ telah dapat mengendalikan Pusat Peperiksaan UPSR sendiri daripada Jabatan Pendidikan, setelah sekian lama menumpang di Sekolah Kebangsaan Pulau Nyior. Sekolah Rendah Al Azhar juga mempunyai Tadika Pra-Tahfidz yang terdiri dari kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun.

                   Selain dari pendidikan asas akademik, Tadika Pra-Tahfidz Al Azhar juga mengajarkan Iqra’, Hafazan dan Ibadah terutama Solat yang dilakukan secara praktikal sebelum hari belajar selesai pada pukul 2 petang. 

FALSAFAH SEKOLAH RENDAH AL AZHAR 

                  Proses pendidikan yang berasaskan Tauhid, bagi membina dan melahirkan Insan Rabbani yang Berilmu, Beriman dan Berakhlak Mulia.Serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, masyarakat, Negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-quran dan Sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan. 

MATLAMAT 

                  Sekolah Rendah Al-Azhar berpegang kepada falsafah untuk menyediakan: “Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani, berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.” 

Oleh itu objektif penubuhan sekolah ialah untuk: 

·            Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran berpandukan kurikulum Islam bersepadu;

·            Menggabung ilmu ‘aqli dan naqli di dalam satu kurikulum yang tidak terpisah;

·            Memupuk dan membimbing ke arah pertumbuhan peribadi yang seimbang;

·            Mewujudkan generasi yang memiliki akhlak yang mulia dan meletakkan Islam sebagai cara hidup;

·            Membina dan memupuk semangat cintakan ilmu;

·            Menyediakan satu suasana penghayatan Islam. 

MISI SMAZ

                   Menjana generasi soleh wa musleh berteraskan kecemerlangan ilmu, iman dan amal melalui sistem pendidikan bersepadu. 

VISI SMAZ

                    Menjadi sebuah institusi pendidikan yang terunggul di negeri Kedah dengan imej dan pengisian sekolah Mithali (Primier) menjelang 2009. 

OBJEKTIF SMAZ

Melahirkan pemimpin remaja yang :      

a) Mampu melakukan dakwah dan pengislahan  masyarakat.      

b) Mencapai kelulusan cemerlang dalam bidang akademik dan diniah. 

MOTO SEKOLAH: 

                  Berilmu Beriman Berama

NASYID SEKOLAH

                                       Kami pelajar Sekolah Al Azhar

                                       Putera puteri harapan agamaRela berjuang di medan jihad

                                      Rela syahid di mana jua 

                                      Sebarkan Syiar Islam sedunia

                                      Menuju wawasan ummah

                                      Berilmu beriman beramal bertaqwa

                                      Membentuk insan rabbani 

                                      Rajin dan usaha tangga kejayaan

                                      Obor Islam dinyalakan

                                     Tanamkan semangat waja di dada

                                     Hiasi dengan akhlak muliaHiasi dengan akhlak mulia 

LOGO SEKOLAH 

IKRAR SEKOLAH 

PLAN SEKOLAH 

 

 
INFO TERKINI

SmileUJIAN 1 /2009 BULAN FEBRUARI TELAH BERMULA.SEMOGA BERJAYA.

SealedPEMANTAUAN SEKOLAH SWASTA DARI KPM AKAN DILAKUKAN PADA BULAN MAC 2009

WinkBANGUNAN TAMBAHAN 3 TINGKAT HAMPIR SELESAI DAN AKAN DIRASMIKAN PADA BULAN MAC INI.INSYA'ALAH.

SurprisedAKTIVITI KOKURIKULUM KRS DAN KELAB AKAN DIADAKAN SETIAP HARI SELASA.

Tongue outKELAS TUISYEN DARJAH 6 DAN TINGKATAN 3 TELAH BERMULA PADA BULAN FEBRUARI.

LaughingHARI SUKANEKA 2009 AKAN DIADAKAN PADA 12 MAC 2009(KHAMIS).

 
Sembang Siber
PAUTAN WEB

 Jemaah Islah Malaysia

 Unit Pendidikan Swasta Negeri Kedah.

 Rangkaian Sekolah Musleh

Pengunjung
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini62
mod_vvisit_counterSemalam65
mod_vvisit_counterBulan ini404
mod_vvisit_counterKeseluruhan43320
Portal Statistik
Ahli: 173
Berita: 116
Pautan: 3
PAUTAN BLOG PELAJAR

 PENCINTA SYAHID

 DIRIMU HARAPAN UMMAH

 FIGHT 4 D TRUTH